Tatacara Pelaksanaan Program Transformasi Latihan Eimas Norma Baru Secara Maya Tahun 2021

07/01/2021


NOTIS PENGUMUMAN
TATACARA PELAKSANAAN
PROGRAM TRANSFORMASI LATIHAN EiMAS NORMA BARU
SECARA MAYA TAHUN 2021

Sebelum Latihan
1. Pengumuman setiap Latihan akan dibuat melalui emel dan SLB bersama-sama dengan borang pendaftaran Latihan dipautan Google Form.

2. Peserta perlu mendapatkan pengesahan kehadiran daripada Pengarah sebelum mengemukakan borang pendaftaran Latihan selewat-lewatnya tujuh (7) hari sebelum tarikh Latihan.

3. Emel pengesahan kehadiran akan dikeluarkan kepada peserta dan Pengarah bersama-sama pautan pelantar aplikasi zoom Latihan.

4. Bilangan maksimum peserta setiap Latihan adalah seramai 80 orang berdasarkan “first come, first serve” dan peserta perlu hadir sepenuhnya sepanjang sesi Latihan diadakan dan tidak dibenarkan untuk menghadiri program/aktiviti lain.


Semasa Latihan
1. Para peserta Latihan perlu bersedia 15 minit sebelum sesi Latihan bermula.

2. Penerangan mengenai kaedah pelaksanaan Latihan akan diberikan sebelum Latihan bermula.

3. Peserta boleh mengemukakan sebarang soalan berkaitan Latihan yang sedang dijalankan melalui Chat.

4. Peserta mesti memastikan video sentiasa ON dan audio dibolehkan OFF sepanjang sesi Latihan dijalankan.



Penilaian Pemahaman Latihan

1. Kaedah penilaian pemahaman Latihan kepada peserta akan dilaksanakan sama ada dalam bentuk Kuiz atau Pilihan Jawapan (Multiple Choice) secara dalam talian (Google Form/ QuizIzz) di akhir sesi latihan.

2. Peserta dikehendaki LULUS penilaian pemahaman Latihan yang ditetapkan.

Selepas Latihan
1. Peserta diminta untuk mengisi penilaian Latihan SLB yang berkaitan seperti Tajuk, Penceramah, Modul Latihan, Tempoh Latihan, Pemahaman Peserta dan Perkhidmatan Urusetia sebaik sahaja sesi latihan selesai pada hari yang sama.

2. Sijil Digital (eCertificate) akan diberi kepada peserta yang memenuhi kriteria berikut:
a) hadir sepenuhnya sepanjang sesi Latihan dijalankan;
b) lulus penilaian pemahaman Latihan yang diberikan;dan
c) mengisi penilaian Latihan SLB

3. Peserta yang layak mendapat Sijil Digital (eCertificate) akan diberikan kod untuk muat turun sijil tersebut melalui http://www.ecert.my.

4. Tempoh latihan dua (2) sesi selama 6 jam adalah bersamaan dengan satu (1) hari berkursus.


INSTITUT ALAM SEKITAR MALAYSIA
06 JANUARI 2021
© 2021 Sistem Latihan EiMAS.